✿YESTERDAY iS DIFFERENT FROM TODAY: MyFav ANIME ♥

Thursday, March 13, 2014

MyFav ANIME ♥


Assalamualaikum...,
Hi Bloger  ( :
hari ni M nak share anime2 yang M suka dulu dan sekarang, anime ni dah tentu lah jepanese kan.. M suka anime ni sejak sekolah rendah, first anime yang M tengok ialah SailorMoon, almaklum lah time tu sailormoon tengah meletop dekat tv selalu ada. 
Oklah.. tak nak cerita banyak-2 ni dia antara2 yang M suka..





1)  Sailormoon ✩✩✩✩✩

   


Sinopsis Pendek :

Watak Sailor Moon ialah Usagi Tsukino, yang hidup sebagai gadis sekolah menengah yang biasa hinggalah dia ditemui oleh seekor kucing yang bercakap bernama Luna. Melalui Luna, Usagi mendapati yang dunia akan diserang oleh Kerajaan Gelap yang pernah wujud suatu masa dahulu dan memusnahkan Nusa Bulan. Kuasanya kemudian dibangkitkan untuk mempertahankan Bumi menentang anasir jahat, dan dia dibawa bertemu dengan sekumpulan rakan untuk menyertainya dalam pertarungan kali ini. Usagi berjuang dengan menggunakan identiti Sailor Moon.

Cerita ni dah lama gila tak tengok, last time budak-2 dulu.. jadi ingat sikit2 jela.. dalam ramai-2 watak sailormoon M paling suka kan Mr. tuxedo mask, lelaki yang mula nya sangat misteri dan datang menolong setiap kali sailormoon dalam kesusahan, dengan tuxedo hitamnya, mask dan bunga rose macho dan miteri gitu,, sangat-2 teruja tengok. kenangan masa kecik-2 dulu :'D


   



 Mr Tuxedo Mask(♥‿‿♥)

(Opening Song Sailormoon)

2) Princess Tutu ✩✩✩✩


  

Sinopsis Pendek :
Ia mengisahkan pertarungan antara seorang putera dan burung gagak sebelum akhirnya meninggal dengan menjadikan kisah pertarungan itu sebagai kisah abadi di mana para tokohnya akan hidup di dunia nyata.
Tidak seperti anggapan kebanyakan orang. dia tidak mati begitu saja,  dia melihat seekor Itik yang kesedihan hati, dia memberikan pada si itik untuk berubah menjadi seorang gadis yang nantinya akan dapat membantu sang putera.
Putera itu bernama Mytho, Si itik pula Ahiru, Ahiru juga bersekolah balet di tempat yang sama dengan Mytho. Ahiru memiliki kalung berbentuk telur merah yang dapat mendeteksi keberadaan belahan hati pangeran. Tujuannya hanya satu, mengumpulkan pecahan hati putera kemudian mengembalikannya kembali. Ahiru dapat berubah menjadi wanita anggun bernama Princess Tutu yang juga muncul di dalam cerita.

Ahiru Fakir animated GIF
   

     


Dalam cerita Princess Tutu ni pula M lagi suka kan Fakir dari sang putera, tak tahu lah, mungkin wataknya yang macho dan kelakar kot, HAHA nvm. apa-2 pon i love this anime, cerita ni tak salah tengok dekat tv2, masa masih sekolah rendah.. memang la  jalan cerita diapelik, itik jadi orang.. tapi yang pelik tu kita suka.. betul idak? tak? err ke M jer.. LOL 


(Opening Song Princess Tutu) Cute jerr ♥


3) Naruto ✩✩✩✩✩





Sinopsis Pendek :
12 tahun sebelum peristiwa yang menjadi tumpuan dalam siri ini, seekor Musang Syaitan Berekor Sembilan menyerang kampung Konohagakure atau lebih dikenali sebagai Konoha. Kyūbi atau namanya Kurama merupakan makhluk berekor yang kuat, di mana satu hayunan daripada salah satu ekornya mampu mengakibatkan tsunami dan meratakan gunung-ganang. Ia telah menyebabkan kejadian huru-hara dan mengakibatkan banyak kematian penduduk di kampung Konoha. Namum, kejadian itu terhenti apabila ketua yang memerintah Konoha iaitu Hokage Keempat mengalahkannya. Hokage Keempat dan isterinya telah mengorbankan diri untuk mengurung Kurama di dalam badan seorang bayi yang baru lahir. Apabaila jalan cerita semakin berkembang, di dapati bayi tersebut sebenarnya adalah anak kandung Hokage Keempat. Nama bayi tersebut adalah Uzumaki Naruto.
Satu perintah dibuat oleh Hokage Ketiga supaya penduduk kampung lain tidak boleh menyuarakan hal ini lagi, walaupun kepada anak mereka. Walau demikian, penduduk kampung masih mengenepikan Naruto seperti orang luar. Walaupun anak penduduk kampung tidak memahami sebab ibu bapa mereka membenci Naruto. Naruto membesar sebagai seorang anak yatim piatu yang tidak mempunyai kawan dan tidak dihargai. Keadaan ini berubah apabila dia menamatkan pengajian di Akademi Ninja dengan mengunakan Teknik Pembahagi Bayang (Kage Bunshin no Jutsu), untuk menyelamatkan gurunya, Umino Iruka, daripada Mizuki.
Naruto ni takyah bace sinopsis pon dah tahu, naruto kan pemes, siapa tak kenal. HEHE saje je letak sinopsis, tapi dah lama tinggal episod naruto selepas M belajar dan duduk asrama, tak sempat nak tengok dah, cerita dia pon panjang, apa pun cerita ni memang best lagi2 time diorang fight  \(ˆ▽ˆ)/
Watak yang M minat mestilah Naruto  ♥♥♥

 





4) Bleach ✩✩✩✩✩



Sinopsis Pendek :

Kurosaki Ichigo ialah remaja yang lasak dan mempunyai keupayaan luar biasa; dia boleh melihat roh. Kisah ini bermula dengan kemunculan seseorang yang tidak dikenali di bilik Ichigo. Orang ini ialah shinigami (dewa maut) Kuchiki Rukia yang terkejut dengan hakikat bahawa Ichigo boleh melihatnya. Perbualan mereka diganggu oleh kemunculan satu hollow (roh jahat). Selepas Rukia cedera parah semasa melindungi Ichigo, dia ingin memindahkan separuh daripada kuasanya kepada Ichigo supaya dia dapat berhadapan dengan hollow tersebut. Tetapi, Ichigo menyerap kesemua kuasa Rukia dan berupaya mengalahkan Hollow itu dengan mudah.
Keesokan harinya, Rukia muncul semula sebagai rakan sekelas Ichigo. Hairannya, Rukia kelihatan seperti manusia biasa. Dia membuat andaian bahawa kekuatan semangat Ichigo yang luar biasa menyebabkannya menyerap kesemua kuasa shinigami Rukia lalu mengakibatkan Rukia terdampar di dunia manusia. Rukia kini menggunakan gigai - badan manusia tiruan - sementara menunggu kuasanya pulih. Ichigo pula terpaksa mengambil alih tugasnya sebagai shinigami (menentang hollow dan memimpin roh sesat ke Soul Society)

bleachtomask 

rukiarage

diepaper


Bleach cerita yang berkisar kan magic, klakar habis, ni pon antara anime yang M suka, kalau tengok mmg Tak ingat apa dah.. HAHA. untuk Bleach M bagi empat ✩✩✩✩✩



5) Fruits basket ✩✩✩✩



Fruits Basketmengikuti kisah hidup seorang pelajar sekolah menengah, Tohru Honda, yang baru menjadi yatim piatu setelah kematian ibunya, Tohru terpaksa berumahkan khemah dalam hutan dan diupah sebagai tukang pembersih untuk menyara dirinya. Suatu hari, Tohru terserempak dengan sebuah rumah dalam hutan. Rumah itulah tempat tinggal Shigure Sohma and Yuki Sohma, ahli keluarga Sohma yang penuh misteri. Orang-orang Sohma itu bersimpati dengannya, lalu menawarkannya sebuah bilik kosong dengan syarat bermasak dan membuat kerja rumah bagi mereka.
Tohru menemui rahsia keluarga Sohma, dan sebab mengapa Yuki suka berahsia: 13 orang ahli keluarga itu dirasuk oleh 12 roh haiwan Zodiak Cina serta roh kucing yang tersisih daripada zodiak itu menurut lagenda. Mereka bertukar bentuk menjadi haiwan jika dipeluk oleh pihak berjantina lain, atau jika mengalami tekanan besar. Setelah berjanji untuk menyimpan rahsia mereka, ahli keluarga Sohma membenarkan Tohru untuk menyimpan memorinya dan bukan memadamkan memori itu secara hipnosis seperti yang lazim dilakukan terhadap orang lain bukan berketurunan Sohma yang tahu rahsia itu.


poor tohru :P


lol

Disebabkan M suka kucing, M lebih suka kan watak kyo yang berubah menjadi kucing apabila dipeluk wanita, M bagi empat ✩✩✩✩ untuk Fruits Basket (◡‿◡✿)




Setakat ini saja yang M ingat, ada banyak lagi tapi lupa tajuk, ok la sampai sini saja M dah penat menaip..  HEHEH. apa2 komen ok, nak kongsi anime ke boleh juga.. M dah lame tak tengok anime.. assalamualaikum.





1 comment:

  1. omgeee.... sailor moon was my fav anime too... xpena miss tgk... hihiiii

    ReplyDelete